PENGENALAN
Surau atau Musolla sekolah
merupakan syiar dan imej Islam di sesebuah sekolah. Pembinaannya bukan sekadar
untuk melaksanakan ibadat solat semata-mata sama ada secara individu atau
berjamaah tetapi ia turut berfungsi sebagai pusat kegiatan Pendidikan Islam di
sekolah. Selain menjadi tempat untuk melaksanakan ibadat wajib dan sunat,surau
atau musolla juga berfungsi sebagai pusat ilmu bagi memantapkan lagi
pengetahuan dan pemahaman yang benar mengenai agama Islam. Pengurusan
surau/musollah yang sistematik dan berkualiti dengan pelbagai program yang telah diatur dan dilaksanakan akan dapat
melahirkan golongan pelajar yang memahami dan menghayati Islam secara syumul
dalam kehidupan seharian.
Sehubungan itu,
Musolla as-Sobiriin yang dahulunya diberi nama Bilik Agama telah mengorak
langkah satu pasukan dengan menyusun pelbagai program dan aktiviti sesuai
dengan misi, misi dan matlamat Musolla as Sobiriin bagi memastikan pelajar
cemerlang dunia dan akhirat. Program-program seperti program membudayakan solat berjamaah, membaca
al-Quran, ceramah, tazkirah, usrah, Qiamullail, sambutan hari-hari kebesaran
Islam,gotong royong dan pelbagai lagi aktiviti keagamaan kebanyakannya
dilaksanakan bagi memakmur dan mengimarahkan suasana di Musolla as-Sobiriin.
RASIONAL
- Surau adalah syiar dan imej Islam di sekolah yang perlu diberi perhatian.
- Mengimarahkan surau dengan pelbagai aktiviti keagamaan yang menarik dan berkesan.
- Menarik minat dan tabiat pelajar untuk rajin berada di surau dan memanfaatkan setiap detik semasa berada di surau.
- Melatih pelajar dengan kepimpinan dan sahsiah Islamiah yang unggul.
- Menggalakkan pihak pentadbiran dan warga sekolah mengurus surau dengen efisyen dan sitematik.
- Memupuk silaturrahim antara warga sekolah melalui aktiviti dakwah kurikulum dan ko-kurikulum yang dilaksanakan
PUSAT ILMU MELAHIRKAN MODAL INSAN PINTAR SOLEH MELALUI PROGRAM KEAGAMAAN YANG BERTERUSAN MENUJU
KEREDHAAN ILLAHI
MISI
MEMBANGUN DAN MENGURUS MUSOLLAH AS-SOBORIIN AGAR MAMPU MENARIK MINAT
WARGA SMKKPJ UNTUK BERSAMA-SAMA MENGIMARAHKAN MUSOLLAH SECARA LANGSUNG MAMPU
MERALISASIKAN PENGHAYATAN ISLAM SEBAGAI AD-DIN, KE ARAH MELAHIRKAN GENERASI
YANG BERTAQWA BERSENDIKAN AL-QURAN
OBJEKTIF
- Memastikan ajaran Islam yang syumul menjadi ikutan kepada seluruh warka KPJ.
- Menjadi “Musolla Terbaik” yang mesra kepada semua golongan tanpa ada sebarang garis pemisah.
- Membantu pelajar menyelesaikan permasalahan keagamaan dan isu-isu semasa.
- Mewujudkan “Musolla Mithali” yang menekankan budaya ilmu dan pembinaan modal
- Insan yang berilmu,berakhlak mulia,prograsif, berdisiplin dan berketerampilan.
- Menjadi “one stop center” bagi warga KPJ.
PIAGAM PELANGGAN
Pihak pengurusan Musolla as-Sobiriin beriltizam untuk menjadikan Musolla sebagai:-
- Pengurusan yang bersistematik dan berkualiti dalam mengadakan aktiviti keagamaan.
- Musolla yang menekankan budaya ilmu dan pembinaan modal insan pintar soleh.
- Memastikan Musolla sebagai satu tempat yang kondusif dan selesa.
- Memastikan semua murid memperolehi ilmu fardu ain yangsempurna.
- Memaksimumkan penggunaan musolla untuk pelaksanaan aktiviti pengajaran dan Pembelajaran serta amali Pendidikan Islam.
- Menyediakan kemudahan yang diperlukan oleh murid dalam membina insan yang sempurna.
KUMPULAN SASARAN
- Semua pelajar
- Pentadbir dan para guru
- Kakitangan sokongan
- Persatuan Ibu bapa dan Guru-guru ( Sarana Sekolah )





